Isnin, 27 April 2009

Amin ManDi Sungai....

Skang nih memang cuaca tersangatla panas dan bahang. Kejap2 sakit kepala..Akibat tak tahan 'kepanasan' dan 'kebahangan', aku and sang suami decide nak gi mandi sungai kat Ulu Yam. Kami bawak Amin and Mak (mak mentua aku) skali...seronok gile amin dapat mandi sungai. Siap kitorg ajar dia berenang.. bole plak dia naik kan punggung dia, lepas tuh kibas2 kaki cam berenang. Hehe..comei jerk! Lagi excited, time bagi ikan makan..air plak jernih. Memula tuh, amin takut gak la sebab tengok ikan tuh banyak sangat. Pastu lame2, dia tgk kitorg gelak2 and seronok bagi ikan mkn, dia pun nak buat sama. Cam nak tangkap ikan2 tuh plak..Nih pic aku snap2:-

syok tengok ikan byk

excited amin dpt mandi sungai

mak and amin



ProMosi!!

http://shoppingin1click.blogspot.com

Hehehe...cam gempak jerk 'title' aku kat atas tuh.Huhu...actually, aku baru jerk buat blogspot baru utk aku jual items baru dan lama especially collection baju2 aku, yang ada aku penah pakai skali dua dan langsung tak penah pakai pun ada.Hahaha..kekadang dah beli tuh, ble plak aku lupa pakai @ pakaian tuh aku beli sebab utk tambahkan collection baju jerk..mana tau in case ada apa2 occasion jerk. Tak payah susah2 nak kuar shopping dah.Satu lagi alasan, sejak2 aku dh beranak nih, ada gak baju2 dan seluar 2 aku yang dah tak muat tapi masih elok lagi la and still nampak brand NEW..Ada jugak collection2 yang aku baru beli utk tambahkan jualan kat blog. Aku juga nak offer pada sesiapa yang nak 'let go' barangan diorang yang masih bole guna dan berkeadaan baik utk aku promote kat blog aku. So, pada sesiapa yang interested, bole contact aku @ isi order form. Dan pada yang nak let go barang, emailkan aku gambar dan sebut harga korang. Kalo berpatutan, aku akan ambil utk publish dalam blog. Harap korang slalu lawat blog aku coz aku akan update barangan dan collection2 baru from time to time. Thanks guys for your support!!Really appreciate it!!

Sila layari http://shoppingin1click.blogspot.com

Isnin, 20 April 2009

Amin bersama Atok

Atok ngan Amin memang rapat...kalo kitorang nyanyi lagu Kutik Atok Iya, sure Amin akan henjut2 badan dia sambil melompat-lompat (cam menari la) ngan tangan gerak2 pastu bole plak nyanyi (version Amin la)..Lirik lagu atok lebih kurang cam ni la:-

Kutik atok iya,
Manja atok iya,
Bujang atok iya,
Sayang atok iya,
Bijak atok iya....

Dah habis nyanyi, amin musti tepuk tangan dia..(tunjuk lagu dah habis dan dia bijak).Hehehe..macam2 keletah amin nih. Semalam atok bawak amin jalan-jalan kat The Mines skali ngan aku, sang suami, nanny and paksu. Suka amin jalan-jalan sampai tido pun berdengkur. Hehehe..

amin kat opis atok

amin and atok kat The Mines

Ahad, 19 April 2009

Renungan Mendalam

Tadi amin dok dekat-dekat ngan aku..nih musti nak apa-apa nih. Kalo tak susu, musti nak mintak dukung. Tapi lain plak jadinya. Tetiba dia bole buat 'pose' yang bole dikatakan bagi aku agak manja jugak aah. Anak mama ni macam merenung masa depan plak..Sempat gakla aku amik gambar dia. ANAK BIJAK MAMA nih...

merenung jauh anak mama ni

Mama jalan-jalan dengan amin

Tadi aku, sang suami, mamy gi jalan-jalan kat JUSCO. Mamy la sibuk sangat nak belikan Amin stroller walhal Amin dah ada stroller. Tapi yang besar punya la. Mamy pulak nak belikan yang kecil skit and bole lipat-lipat. Senang kata nya nak bawak mana-mana. Aku plak tak kisah la sebab mamy yang nak belanja. Aku terima dengan tangan terbuka. Hehehe..cucu punye pasal. Ha..nih gambar aku snap ptg tadi..suka jerk amin duduk atas stroller baru.

amin syok atas stroller baru

Tumbuh bunga...

Korang nak tau, aku and sang suami terperanjat tengok tempat tanam uri anak aku, Amin dah tumbuh bunga warna putih. Banyak plak tuh bunga dia. Sebelum sang suami tanam uri kat situ, memang takda bunga kat situ. Cuma ada tanah jerk and dekat ngan simen.Lepas tanam uri kat situ, sang suami tindih tempat tuh dengan batu. Sedar-sedar tengok tempat tuh dah berbunga. Cantik sangat. Nih gambar yang aku snap:-

cantik kan bunga dia?

Kelas Tarian di Putrajaya

Agak lama gak aku tak update blog. Maybe sibuk skit dengan urusan cendawan frozen dan tempahan bongkah. Lagi plak, skang nih aku ngah set up business baru kat area umah aku kat Cheras. Apa business nya? TUNGGU...bila dah cantik and complete, baru aku inform korang business apa yang aku buat untuk pendapatan sampingan selain biz cendawan. Alang umur masih muda, baik aku try something yang new. Orang kate Tak Cuba, Tak Tahu setakat mana kemampuan kita. Itu bagi aku la yang tak berapa suka bekerja di bawah orang. Aku lagi prefer buat ikut cara aku, masa aku dan kemampuan aku. Dan yang penting skali, family aku (sang suami and sang anak) sentiasa di depan mata. Bukan mengongkong atau mengawal, tapi aku dan sang suami memang lebih suka begitu. Lantak apa orang nak cakap aku ni QUEEN CONTROL ke @ sang suami ni KING CONTROL ke..yang kitorang tahu, WE LOVE TO BE WITH EACH OTHER. Ke mana-mana musti bersama dan tak kenal erti busan. Alhamdulillah. Hopefully, tak kan berubah.

Oh ya..skang ni aku ada aktiviti baru. Setiap hari Jumaat malam, aku akan attend kelas tarian kat Putrajaya bersama member aku, Cik Mimi. Setakat ni, aku baru hadir 2 sessi. Best gak la kelas dia. Tak membusankan. Seronok gile..aku and mimi bole gelak dari start kelas sampai la akhir akhir kelas yang selama 2 jam dari 830pm - 1030 pm. Tapi pengalaman yang paling aku tak dapat lupakan iaitu time lepas aku attend 1st sesi kelas tarian tuh. Kaki aku bole kejang (sakit gile) sampai 4 hari baru baik. Aku ingatkan aku sorang jerk macam tuh. Rupa nya Cik Mimi pun cam tuh gak. Tapi dia lagi power la. Siap MC 2 hari. Hahaha...Aku plak 3 kali urut kaki baru reda. Bayangkan selama 4 hari tuh aku bole jalan terjengkit jengkit (jalan hujung jari) cam gerak tarian yang kitorg belajar. Sang suami asyik perli jerk la aku. Ha..nak menari lagi. Rasakan..kang tang lain plak yang kurus. Yang syok, Mak Mimi kate kitorg nih jalan cam burung enggang. Hehehe..burung enggang pun burung enggang la makcik..janji kitorang bole kurus. ECEH...semangat ah konon. Tapi lepas 2nd sesi, okiesla..tak kejang cam 1st sesi. Apa tak nya, aku and Mimi siap sapu dlu MINYAK PANAS...Huhu..PENGALAMAN MEMANG MENGAJAR KITA.....

sempat posing aku and mimi

Selasa, 7 April 2009

Amin makan sendiri

Amin dah boleh makan sendiri. Hari tuh aku bagi dia makan biskut baby. Habis semua dia masukan dalam mulut..bukan 1 keping jer dia makan tapi 2 keping. Wah, selera betul anak mama nih. Mungkin biskut tuh sedap kot berperisa strawberry..Nih gambar amin yang comot-comot..

amin pandang mama

syok nya amin makan..mama nak sikit

nyum nyum nyum

Mukjizat Bismillah


BISMILLAH adalah sebutan/nama singkat dari lafaz "BISMILLAHIR ROHMAANIR ROHIIM" yang bermaksud "Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang."




KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH

1.Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepad Jibrail.

2."BISMILLAH untukmu dan umahmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam." (Hadith Qudsi)

3.Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam,air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan.
4.Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada oran sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.
5.Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.
6.Jumlah huruf dalam BSMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada19 (QS.AL http://qs.al/ Muddatsir:30).Ibnu Mas'ud berkata: "Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari."

7.Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata, "Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya."
8.Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat namanya disyurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.

9.Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya.

10.Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka
akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala.
11.Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali dihadapan orang yang zalim,
hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca.

Sabda Rasulullah, "siapa yang menyampaikan satu ilmu dan orang yang mengamalkannya maka dia akan beroleh pahala walaupun sudah tiada...."

Sabtu, 4 April 2009

Tournament Bowling Kristal Height 2009

Last week ada tournament bowling sempena Hari Keluarga Kristal Height 2009 ( tempat tinggal abg Shahrul). Aku, sang suami and Fadly (adik) pun join sekaki untuk menambahkan bilangan pemain yang tak mencukupi. Sepatutnya Abg Reza and Abg Boy sekeluarga pun join skali tapi memandangkan diorang bekerja, tak dapatla diorang turut serta. Huk huk huk..kalo tak, bole gathering ramai adik-beradik...(adik beradik angkat). Yelah..lame tuh, tak jumpa diorang. Last skali aku rasa, time kahwin. Kalo tak silap aku la.

Aku actually saje jer la join tournament nih. Memain sajer pun. Yela weh..lame tak test skill. Sejak-sejak aku pregnant, terus aku tak main bowling. Sang suami tak kasi sebab nanti aku kena angkat bola berat..takut jadi pepe plak. Korban la kejap. Nih amin pun dah besar, ble la test skill balik. Kitorang main 3 frame. 1st frame, memang 'barai'. Sadih giler aku main..Kejap kiri, kejap kanan. Tak menentu bola aku..yela, baru nak start enjin. Biarla kasi panas dulu, then mula jalan pelan-pelan. 2nd frame and 3rd frame, adala peningkatan. Aku dah dapat 'tune' aku balik. And finally, tidak disangka-sangka, aku menang Naib Johan kategori Wanita untuk tournament nih. Alhamdulillah...hadiahnya aku bahagi 2 dengan abg Shahrul...(hehe..aku amik medal and abg Shahrul amik hamper). Kenala kasi tuan rumah merangkap sifu aku tuh..




Jumaat, 3 April 2009

Hobi Amin: Suke Masukan Barang Dalam Mulut

Aku tak tau la nak buat cam ne ngan Amin..skang nih pantang dapat barang skit..dia akan masuk kan dalam mulut..kalo aku amik, dia akan cari barang lain masuk dalam mulut dia. Aku takut jer dia kena jangkitan mulut ke atau tertelan benda-benda yang tak sepatutnya. Tapi mak aku cakap may be sebab dia gatal gusi..Aku pun cam blur-blur..Gusi??Walhal anak aku dah tumbuh 3 batang gigi. Percaye tak? Yang menakjubkan..Amin tumbuh 2 batang gigi taring dulu dan 1 batang lagi, gigi bawah...Aku tak ble la nak snap gambar gigi Amin sebab setiap kali aku nak buka mulut dia, sure dia mengamuk...tapi kalo korang tengok time amin senyum, nampak cam baby drakula..hehehe (tapi manis)..macam-macam anak aku nih...len 'pe el' dr lain (kate org Johor)

Khamis, 2 April 2009

April Fool!!

Lupa nak citer kat korang pasal April Fool. Pagi-pagi lagi suami aku dah kenakan aku..yang aku plak tak teringat pasal April Fool..Isk isk isk..1-0..cam ne ek aku nak kenakan dia balik nih...pikir-pikir kan..

Nih antara conversation aku and sang suami pagi tadi:

Papa: Mama...cepat!! Ada burung masuk dalam bilik air kita!!
Mama: Ha...!!(aku dengan mengelabahnya bangun dari katil..dah la aku tengah syok layan mimpi)Mana pa, mana pa??(tak teringat plak, aku dah tutup tingkap bilik air). Cepat pa halau dia..
Papa: Hahaha(gelak kan aku mcm nak pecah perut). Mana ada mama..papa acah jerk..APRIL FOOL...
Mama: Huk..huk..huk..(aku dahla tengah mamai). Papa nih pagi2 dah kenakan mama sampai amin pun terbangun..(aku buat muka merajuk)
Papa: Hahaha..jangan aah majuk nanti cepat tua..(pastu ble plak buat suara slow) burung lain ada ahh..(huhu..18SX okies)
Mama: Hahaha(aku pun tergelak gaks..Amin dah buat muka blur-blur. Cayunk anak mama)

Pengajaran nya..dalam kehidupan suami isteri musti ada bertolak-ansur, bergurau senda bagi memeriahkan suasana dan merapatkan hubungan suami isteri. Memang ada kala badai mendatang, tapi kuatkan la iman, bersabar dan paling penting KEPERCAYAAN.

Keberkatan Surah Yaasin

Untuk Keselamatan Diri Yang Susah Menjadi Senang..

Ayat 1 - 9 - Untuk keselamatan diri
Ayat 9 - Orang jahat tak nampak kita especially orang kafir.
Ayat 12 - Merupakan Jantung Yaasiin - Rasulullah s.a.w. berharap ayat ini dihafal oleh setiap mukmin dan mukminat.
Ayat 13 - 35 - Mengisahkan orang-orang yang mati syahid.

Ayat 22 - 23 - Untuk menjaga aqidah memberi hidayah kepada anak.
Ayat 29 - Sebagai amalan untuk mengelakkan diri dari di fitnah dan kejahatan mulut.
Ayat 29 - Utk digunakan jika kita rasa orang nak fitnah @ aniaya kita. Lebih elok selepas baca di semburkan ke muka orang tsebut.
Ayat 30 - Untuk keinsafan - Supaya dapat dipertemukan dengan Allah S.W.T. (harus sentiasa berada dihati - beramal dengannya).
Ayat 32 - Untuk menginsafkan orang lain supaya menjadi baik…

Caranya:
Ingat yang segalanya datang dari Allah s.w.t, Kita umat Muhammad, Kita orang Islam dll.

Ayat 33 - 35 - Elok dijadikan amalan bagi sesiapa yang suka bercucuk tanam. Tanaman akan subur.
Ayat 36 - Menerangkan yang kehidupan ataupun kejadian di dunia ini dijadikan berpasang-pasangan.
Ayat ini elok diamalkan bagi sesiapa yang belum berkahwin supaya di pertemukan jodoh.

Caranya: Baca dan berdoa, hembus dan sapu pada muka setiap pagi sebelum keluar rumah.

Ayat 37 - Adalah untuk menetapkan hati - aqidah diri sendiri… Hati yang kering akan hidup semula.
Ayat 38 - Mengisahkan yang bulan dan matahari pun sujud pada Allah s.w.t. yang satu.
Ayat 39 - Mengisahkan ilmu falak.
Ayat 40 - Merupakan kenyataan Allah s.w.t. yang satu.
Ayat 41 - Mengisahkan Nabi Noh a.s. naik kapal -Elok dibaca sewaktu menaiki kenderaan.
Ayat 44 - Mengisahkan keseronokan hidup di dunia - Dibaca untuk dijauhkan fitnah dalam hidup.
Ayat 45 - 48 - Merupakan kedegilan orang kafir kepada Allah s.w.t.
Ayat 49 - Menceritakan hari akhirat dan kehidupannya.

Tiupan pertama - Ianya Datang dengan tiba-tiba
Tiupan kedua - Hancur Semua Alam ini
Tiupan ketiga - Semua orang di hidupkan semula dan hadir di padang Mahsyar.

Ayat 50 - Setiap manusia akan dihisab mengikut amalannya.
Ayat 58 - Merupakan salam daripada Allah. Jika rasa sakit kepala, baca dan sapukan ke kepala. Ulang sebanyak 3kali.
( amat mujarab buat org yang sakit kepala dan flu amalkan insyallah baik, I’ve practiced this method subhanallah, effective)
Ayat 76 - Dibaca untuk mententeramkan diri dari fitnah orang. Dijadikan amalan seharian.
Ayat 76 - Jika hati rasa sedih, sebak atau pun kecewa. Sambil pegang dan urut dada, bacalah ayat tsbt.
Ayat 78 - 79 - Dikhaskan untuk sakit urat, tulang dan badan. Untuk doa
bermula daripada Ayat yang bermaksud: “dia berkata, Siapakah (yang dapat)
menghidupkan tulang belulang padahal telah hancur?”
(Ayat 78 dan 79) -
Bacalah jika sakit tulang, urat atau tulang patah. Doktor di hospital pun
tanya dia utk rawatan patient mrk dan Dr Fatimah berikan ayat ini.
Ayat 79 - Katakanlah, Yang akan menghidupkannya ialah yang
menciptakannya pertama kali. Dan Dia Maha Mengetahui tentang segala makhluk.”

Ayat 82 - Untuk Hajat - Jika berhajat sesuatu, bacalah 100x. Dibaca pada
air dan minum selama 40 hari -boleh menjadi penawar. Jika air habis ulang bacaan tsbt sehingga 40 hari.
Caranya:
Sembahyang Tahajjud (3x) berturut-turut, Baca pada air [100x) Dan berdoa apa sahaja hajat.

Wallahualam.

1. Selepas sembahyang subuh
2. 3 Jumaat berturut-turut
3. Ayat 1 - Yassin baca 7x
4. Ayat 38 - 12x
5. Ayat 58 - 7x
6. Ayat 82 - 14x
7. Habis, diulang semula step 3 hingga 6.
Kesemuanya Surah Yassin dibaca sebanyak 3x.
8. Habis baca surah Yassin, baca Al- Fatihah, bacalah hajat yg dihajati
dan selepas hajat dibaca semula Al- Fatihah.
9. Perlu yakin, isyallah dgn berkat Allah ianya termakbul.

Wallahualam.

Perlu Baca Dengan Penuh Keyakinan:

  • Yasin is the jantung of Al-Quran
  • Know the meaning of ayat-ayat in Al-Quran

Yasin memudahkan yang susah. As such read Yasin:

  • Child is sick
  • Feeling troubled.
  • Memudahkan urusan
  • Memudahkan perjalanan
  • As selusoh (to ease pain when giving birth)
    Read Yasin (3x) over water
    Read 3 Qul (three times each)
  • Fatihah
    Baca Yasin sebelum tidur, seperti khatam Quran (10x)
  • Jika baca Yasin sebelum tidur serta faham maksudnya sekali, sekira mati
    dalam tidur, dosa diampunkan.

Ayat 9 - “Wajaalna….”
Lindungi rumah dari pencuri - baca dan tiup di tiap-tiap penjuru rumah..
Lindungi diri dari dianiaya
Bagi perlindungan diri dan rumah semasa tidur
Baca Ayat 9
Fatihah
Read 3 Qul (three times each)
Ayat Kursi
Ayat 29 - “In kanat illa….”
Untuk mendiamkan orang yang selalu melempar
kata-kata buruk/tidak menyenangkan kepada anda.

Ayat 36 - “subhanallazi..”
Untuk cari jodoh * Tiup 7 kali dalam tangan dan
sapu ke muka pada pagi hari
Ya Wadud (3x)

Ayat 58 - “Salamun…”
Jika sakit anggota
Tak tenang hati
Baca (7 x) dan gosok pada tempat sakit ( amat mujarab buat sakit kepala dan flu amalkan insyallah baik, I’ve practiced this method subhanallah, effective)

Ayat 76 - “Falayahzun..”
Bila rasa sedih
Untuk menenangkan hati
Gosok jantung sambil baca
Ayat 78 - 79 “dari Yuhyil Wahiya…”
Tulang patah
Sakit sendi
Sakit lutut

Ayat 82 - “Innama amruhu..”
Jika mandul
Untuk mengubati kanser atau tumbuhan dalam badan
Dry method
Sembahyang tahjud
Sembahyang hajat
Doa minta hajat
Baca ayat 100 x dengan yakin
Amalkan 41 malam Wet method (untuk menyembuh
penyakit dalam badan)
Seperti di atas
Bila baca ayat, tiup dalam air
Minum 1 cawan air pada pagi hari sebelum makan / minum benda lain
o Doa sambil minum
o Untuk 41 pagi
Wallahualam.
Yang penting sesuatu itu yang hendak kita lakukan dengan .. innamal
aa’maalu binniat.. dan ikhlas melakukannya.

Dalam YASSIN merangkum:
Ø Ilmu Pertanian <>Ø Ilmu Falak
Ø Ilmu Laut
Ø Ilmu Kiamat
Ø Ilmu Ciptaan Manusia
Ø Ilmu Binatang
Ø Ilmu Kenabian

Surah Yassin ini hendaklah dibaca ketika orang
sakit, tengah nazak nak mati atau sudah meninggal dunia. Baca disisi mereka
dan bukannya di kubur.(terutama ayat 12) — sebab kenapa kita perlu baca,
agar orang yang sakit berada dalam kesenangan dan orang yang masih hidup
insaf bahawa esok, lusa kita akan menyusul jua.
***** sekadar informasi *******
Kekuatan Buah-buahan yang diceritakan dari dalam
Al-Quran adalah:
Ø Buah Zaiton - Elok untuk kulit
Ø Kurma - Berkhasiat (memberi tenaga)
Ø Delima - Dalam sebiji buah ada sebutir biji yang menjadi penawar ubat
yang mujarab.
Ø Ad Tin - Memberi kekuatan - tenaga, fikiran lemah, tidak boleh beranak.

Wallahua’lam…

HP baru ku...

Setelah fed up ngan handphone lame aku (N93) which aku bole consider agak ketinggalan zaman skit sudah jadi bengong, aku putuskan untuk beli handphone baru. Masuk kali ni, sudah 3 kali aku repair N93. Balik-balik problem dia, handphone tak bole charge (sebab soket dalam dia terbakar). Dah la warranty pun dah habis. Dari aku bazir duit repair handphone tuh yang memakan sekitar RM200 setiap kali repair. Baik aku beli handphone baru yang tak menyakitkan hati..dan choice aku kali nih ialah Nokia 5800 Xpress Music..hurm..i like..lovin it!

Antara function nya yang menarik minat aku:-
  • touch screen
  • wifi
  • 3G (nih penting)
  • gambar same standard ngan HTC (in fact, aku compare ngan sony ericson g900 pun dia power lg)
  • music (heaven la dengar..tak menyakitkan telinga)
  • game (dah mcm psp dah)
  • internet (screen besar, mmg best explore internet di kala busan dan emergency)
Overall, aku bagi ***** out of 5..the best bagi aku.

Rabu, 1 April 2009

Gigit Handbag Mama!!


Macam-macam kerenah amin nih..kali nih dia seboleh-boleh nak gigit hand bag aku..aku tarik, dia tarik hand bag aku..bijak2..layan kan ajerk laa anak sorang nih..

geram kat hand bag mama ek

berusaha amik even mama tarik

gigitla yang..asal amin happy udah..

Amin mandi buih...

Alang-alang kat hotel dah ada bath tub, aku mandikan amin dalam bath tub. Besar skit. Tapi kalo nak pakai sink, kecil sangat. Sebab amin skang agak lasak juga. Suka gerak sane sini. Tak bole duduk diam. Dalam bath tub tuh, dia dok diam plak sebab aku buat buih banyak-banyak kasi dia main ngan papa dia. Aku tak join la mandi dalam bath tub tuh. Seksi U..jangan buat pasal. Lagi satu hal, agak sempet gak kalo 3 beranak dalam 1 bath tub. Kalo papa dia, takpe..kecik molek...hehehe!!

Nih antara pic yang aku snap..cadang tuh nak buat janggut dan rambut santa clause kat amin.pastu dia gi kaco buih tuh..habis semua buih jatuh bawah..memang amin seronok sangat time tuh sampai gelak mengekek-ngekek ngan aku dan papa dia. Periang anak mama nih....


santa clause yang tak jadi